Friday 1 May 2015

BUAH TUNJUK LANGIT PENAWAR PENYAKIT KRONIK


Buah Tunjuk Langit atau Biji Tunjuk Langit kini semakin popular untuk merawat pelbagai penyakit kronik. Banyak kajian telah dijalankan ke atas Buah Tunjuk Langit dan didapati sangat berkesan merawat penlbagai penyakit kronik. Buah Tunjuk Langit boleh didapati di pasaran dengan mudah.

Buah Tunjuk Langit atau Sky Fruit (bahasa saintifiknya Swietenia Macrophyllya) adalah sejenis buah yang rupanya seakan-akan kayu yang diukir cantik. Ia juga dikenali sebagai Buah Mahogany iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara.

Pokok Tunjuk Langit ini mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan mempunyai rasa yang lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembab dan agak teduh. Di sesetengah tempat, ia ditanam di tepi-tepi jalan, kawasan kampung dan kebun. Kebiasaannya ditanam untuk diambil buahnya yang telah diketahui sangat bagus sebagai ikhtiar untuk mengubati pelbagai penyakit.


Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal
Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal


Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal
Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal

Mungkin ia mendapat nama "Tunjuk Langit" kerana buahnya yang mengarah ke atas seakan-akan menunjuk ke langit!


RASA BUAH TUNJUK LANGIT

Buah Tunjuk Langit dipecahkan untuk mengambil isi bijinya yang berwarna putih. Rupa isi bijinya adalah leper. 

Rasanya....... SANGAT PAHIT! 

Pahitnya melekat di dalam mulut dan tekak walaupun setelah memakan gula dan pelbagai petua lain untuk menghilangkan rasa pahitnya itu. 

Oleh itu, ramai yang tidak mampu memakannya walaupun mengetahui buah Tunjuk Langit ini sangat banyak khasiatnya.


KAJIAN KE ATAS TUNJUK LANGIT 

Banyak kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh saintis terutamanya dari barat sehingga buah ini digelar anugerah dari langit!

Pada tahun 1996, satu pasukan biokimia dari Amerika Syarikat diketuai oleh Dr Larry Brookes telah menganalisa buah Tunjuk Langit dan menemui banyak bahan aktif FLAVONOIDS, SAPONINS dan BITTER ALKALOIDS. 


Di samping itu juga, Buah Tunjuk Langit mengandungi pelbagai protin, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak dan lain-lain nutrien yang sangat berguna kepada badan manusia. Akarnya yang mencecah sehingga lebih 20 kaki di dalam tanah banyak menyerap nutrien dari dalam tanah.


Ia mudah menyerap ke dalam salur darah seterusnya menggalakkan badan untuk menjadi lebih sihat. Buah Tunjuk Langit ini telah diterima secara meluas oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia sebagai ubat alternatif terbaik yang TIDAK mempunyai kesan sampingan. Di samping itu, buah Tunjuk Langit juga sangat sesuai untuk menjaga kesihatan badan dengan memelihara urat saraf dari mengalami penyempitan; punca pelbagai penyakit kronik dewasa ini.


Khasiat Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia setelah banyak kajian bioteknologi dilakukan menemui pelbagai kebaikan yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah di dalam tubuh manusia.


Buah Tunjuk Langit telah dipastikan TIADA KESAN SAMPINGAN walaupun diambil untuk tempoh yang lama.


Sejak diketahui kebaikan dari buah Tunjuk Langit, pelbagai syarikat di seluruh dunia mula mengeluarkan pelbagai produk berasaskan buah Tunjuk Langit ini dan dijual sehingga ratusan ringgit untuk dimakan selama sebulan.




Berikut adalah bahan aktif penting yang terdapat di dalam buah Tunjuk Langit:


1. FLAVONOIDS


Kandungan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Tunjuk Langit dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen. Ia juga bertindak bertindak sebagai agen anti- pengoksidaan.

Fungsi-Fungsi Utama
- Mengurangkan tahap gula dalam darah
- Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
- Memperbaiki kelancaran peredaran darah
- Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
- Mengurangkan kandungan kolestrol jahat di dalam darah

2.SAPONINS

Saponins mengurangkan lemak dan kolesterol di dalam darah. Ia juga berupaya menghapuskan plak Aterosklerosis yang melekat pada dinding saluran darah - punca penyempitan saluran darah. Dengan itu, ia berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti badan dan pe
ngurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. 
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
- Mempertingkatkan dayaketahanan tubuh badan (daya imuniti)
- Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas
- Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
- Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
- Melancarkan sistem saluran pernafasan
- Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
- Memperbaiki sistem peredaran darah
- Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
- Mengelakkan kemabukan dan keracunan
- Mententeramkan fikiran dan otak
- Menghilangkan kelesuan minda
- Melambatkan proses penuaan
- Memperbaiki insomnia (sukar tidur)
- Menguatkan hati

3. BITTER ALKALOIDS

Rasa buah Tunjuk Langit adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasa pahitnya adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi. Ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit seterusnya membantutkan pertumbuhan dan penyebaran pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. 
Keadaan ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia seterusnya mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma jahat. Oleh itu, orang yang memakan buah Tunjuk Langit secara konsisten akan jarang dijangkiti penyakit.

FAKTA NUTRISI

Buah Tunjuk Langit mengandungi nutrisi berikut:


. Protin

. Vitamin B1
. Zat Besi 
. Vitamin D
. Asid Folik
. Karbohidrat
. Vitamin A
. Serat
. Potassium
. Vitamin E
. Kalsium
. Vitamin B6
. Magnesium
. Sodium
. Vitamin B3



BUAH TUNJUK LANGIT FADAL 
BIJI TUNJUK LANGIT FADAL

NAK BELI?

Klik Butang Di Bawah:



Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal


Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal


Buah Tunjuk Langit Sky Fruit Kapsul Fadal